Highly qualified professionals united by 1 target: conducting analysis of the current Forex conditions

FXPrestige has been enlarging its staff with the goal to provide its customers with comprehensive and highly reliable analytics.

Awesome customers support services by dedicated professionals

- Dedicated Support Areas - Comprehensive Contacts Information - Credible Introducing Offices - Callback Service - Journalist Inquiries -

FXPrestige - Future Leader In Online Trading!

We open new HORIZONS for opportunities...

Forex learning course for beginners by FXPrestige

Exclusive distance course, written by the company's traders and analysts, based on the most popular and user-friendly MetaTrader 4 platform.

Today, FXPrestige services are of great interest for thousands of traders and partners all over the world

Offering the most generous and rewarding affiliation and partnership programme globally.

Showing posts with label From the Desk of .... Show all posts
Showing posts with label From the Desk of .... Show all posts

Saturday, 3 September 2016

Sembang Santai FX 1/2016

Bismillah...
Salam

Apa khabar? Ini kali pertama kita 'bersemuka'. Dah 3 bulan weblog ni bersiaran, cuma ini julung kalinya ada kesempatan untuk berkongsi minda bersama rakan traders dan pembaca sekalian.

9500 hits... and counting !! Itulah statistik sokongan dan dokongan anda kepada kami walau wadah ini baru berusia 3 bulan. TERIMA KASIH !! Meski ucapan itu tidak mungkin mampu menyatakan keterharuan kami atas usaha kerdil ini. Ia belum lagi termasuk statistik memberangsangkan yang tercatat di capaian media-media sosial kendalian kami (Facebook - menghampiri limit 5000 Friends sehingga kami dinasihatkan untuk upgrade ke Fanpage Myfxprestige4u; Instagram - menghampiri 200 Followers; etc). Humbly speaking, semua ini tidak mungkin tercapai tanpa keyakinan dan kepercayaan anda !

Selama tempoh tersebut, kami cuba sedaya mungkin untuk meletakkan konsep dan halatuju weblog ini sebagai wadah perkongsian pendapat dan ilmu pengetahuan yang terkait dengan dunia niaga pasaran kewangan (financial market). Moments dan events tertentu yang telah dan sedang berlangsung yang memberi kesan dan impak kepada 'perjalanan' pasaran kewangan dunia turut cuba kami, pihak editorial, garap dan kongsikan di dada weblog ini.

Mmmm... mungkin ada yang bertanya, apa objektif sebenar weblog ini diwujudkan. Okay... jangan serius sangat. Kita sembang santai-santai saja :)

Secara teknikalnya, weblog ini adalah 'frontpage' kepada team trading kami - MyFXPrestige Team - yang bernaung di bawah FXPrestige, sebuah firma broker kewangan yang sedang menempa reputasi membanggakan di persada niaga pasaran kewangan dunia. Alhamdulillah, Team kami telah dilantik sebagai Consultant Introducer Broker (CIB) kepada firma tersebut dan kini kami turut memiliki sekurang-kurangnya 7 Introducer Brokers (IB) yang sedia berkhidmat untuk menyelaras serta membantu-selia transaksi dan aktiviti trading para traders yang memilih FXPrestige sebagai platform. Kami juga diberi kepercayaan untuk mengelolakan local depositor gateway untuk urusan e-point deposit dan e-point withdrawal kepada para pelanggan secara telus dan sistematik.

Silakan explore kandungan dan capaian-capaian yang terdapat di weblog ini. Kami beriltizam untuk menyediakan pengalaman 'one-stop centre' kepada para pelanggan dan rakan traders sekalian. Selain capaian untuk pendaftaran akaun (tab: Account Registration), akses langsung kepada Presto Room juga disediakan di samping kemudahan-kemudahan analisis pasaran (tabs: Trading Resources dan Trading Analytics), rujukan pengetahuan (tab: Academy/ Library) serta Blog Archieves.

Dari segi pengisian Featured articles pula, kami begitu berhati-hati di dalam memilih content yang ingin disiarkan. Kebiasaannya kami memilih artikel-artikel yang relevan dan ditulis oleh seseorang yang dianggap authority dan pakar dalam bidang masing-masing. Ini kerana kami mendapati terlalu banyak varian di segi pandangan dan view para pengkarya sehingga seringkali ia lebih bersifat mengelirukan. Sementelah, kami juga memahami bahawa kalangan pembaca adalah para traders aktif yang memerlukan contents yang jelas dan spesifik serta bersifat analitikal. Sudah pasti sebagai traders aktif, kita ingin mengelak 'noise' dalam pasaran agar tidak mengganggu ketepatan keputusan yang dicanai.

Demikian, para traders juga boleh mendapatkan akses langsung kepada live market commentary yang dikelolakan oleh penyedia satellite TV Bloomberg dan SkyNews melalui pautan khas yang kami sediakan.

Pautan secara langsung juga boleh didapati di weblog ini untuk akses ke akaun-akaun media sosial kendalian kami seperti Facebook, Google+, Twitter, Instagram, Telegram channel, YouTube channel,  LinkedIn dan E-mail. Dan seandainya anda perlu menghubungi kami secara mudah boleh sahaja meninggalkan teks mesej ringkas di kotak pesanan yang disediakan. Kami juga menyediakan aplikasi android iPresto yang dihubungkan secara terus dengan weblog ini dan portal analisis pasaran serta media sosial kendalian kami, namun ia masih lagi di peringkat ujian beta dan hanya tersedia kepada para traders kami.

Bagi mereka yang berminat untuk bergabung di bawah Team MyFXPrestige, baik sebagai IB mahupun trader, sila hubungi kami dan rasai pengalaman berbeza bersama. Malahan, bagi para pembaca yang bersedia untuk berkongsi rasa dan catatan perjuangan peribadi sebagai traders, kami alu-alukan keterlibatan anda mengimarahkan wadah ini bersama. Caranya? Hubungi kami!

Teman-teman seperjuangan yang budiman,
Kami memahami keperluan dan sensitiviti anda, kerana kami juga adalah traders sepenuh masa seperti anda. Kami juga berkongsi impian terindah yang sama seperti anda! Dan kami meraikan hubungan erat yang sihat penuh hormat yang sedia terjalin di antara Team kami dengan firma broker FXPrestige.

Banyak lagi yang akan kita kongsikan di masa hadapan, insyaALLAH. Tips-tips dan cadangan strategi, teknik serta analisis pasaran dan pengurusan akaun serta catatan pengalaman di sepanjang meniti denai perjuangan di lautan pasaran kewangan yang serba mencabar tapi menggiurkan ini! Perancangan juga sedang dibuat untuk sesi roadshows dan kempen promo anjuran Team MyFXPrestige dengan kerjasama sihat firma broker dan rakan-rakan pasukan lain yang bernaung di bawah FXPrestige. Democratization of financial trading!

Sungguh banyak lagi yang ingin dikongsikan!

Namun buat detik pertama ini, rasanya cukup setakat ini dahulu sebagai 'ice-breaking' di antara kita.

Salam taqzim dari saya dan Team:
Happy wise trading !!

Passionately passionate. We are.